SELAMAT DATANG KE BLOG CAKNA BAHASA MELAYU...

Monday, December 19, 2011

Selamat Datang





Selamat datang ke laman Cakna Bahasa ( Laman Bahasa ). Laman ini dibangunkan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar khususnya pelajar PMR mengenai ringkasan karangan. Anda akan didedahkan beberapa panduan menjawab ringkasan karangan, contoh-contoh soalan dan jawapan dan juga bank soalan tahun-tahun lepas yang berkaitan dengan ringkasan karangan. Anda hanya perlu memilih menu pada bahagian atas laman ini. Semua perkara berkaitan ringkasan karangan telah dimasukkan mengikut susunan label yang telah ditetapkan. Selamat menimba ilmu…

Latihan 1






Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis sebuah rumusan tentang kepentingan menghayati Rukun Negara. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Kerajaan disaran melancarkan Kempen Penghayatan Rukun Negara kerana penghayatan terhadap Rukun Negara semakin terhakis dalam jiwa rakyat Malaysia. Malah jika ditanya generasi muda sekarang sudah pasti ada antara mereka yang tidak mengetahui kandungan prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan rakyat negara ini sejak 35 tahun yang lalu. Ramai dalam kalangan mereka yang tidak ingat untuk melafazkan Rukun Negara kerana beranggapan tidak penting disebabkan negara sudah aman dan makmur. Keadaan ini menyebabkan generasi sekarang seakan-akan hilang jati diri mereka dan mudah terpengaruh dengan budaya asing.

    Penghayatan Rukun Negara amat penting kepada masyarakat negara ini. Hampir lima dekad negara mencapai kemerdekaan dan segala dugaan yang dilalui telah membina tapak yang menjadi asas keharmonian dan perpaduan kaum. Rukun Negara menjadi panduan bagi rakyat memupuk semangat setia kawan dan kecemerlangan hidup bermasyarakat serta bernegara. Selain itu Rukun Negara bermatlamat membentuk masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama.

     Prinsip Rukun Negara sebenarnya berkait rapat antara satu sama lain. Kepercayaan kepada Tuhan antara lain menerapkan bahawa kepercayaan beragama boleh mengukuhkan ikatan semua bangsa seterusnya memantapkan institusi negara kerana rakyatnya mempunyai pegangan hidup. Tahap kesetiaan yang tinggi diberikan kepada raja dan negara pula amat bersesuaian kerana raja ialah lambang perpaduan negara. Keluhuran perlembagaan pula ialah sumber perundangan negara yang tertinggi dan harus diterima, dipatuhi serta dipertahankan oleh rakyat. Kedaulatan undang-undang pula memberi keadilan kepada setiap rakyat di negara ini kerana dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Prinsip kesopanan dan kesusilaan mementingkan perlakuan yang sopan dalam kalangan rakyat untuk menjaga hubungan baik masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

     Sehubungan dengan itu rakyat harus sedar Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang dalam kalangan masyarakat pelbagai agama dan budaya di negara ini. Langkah kerajaan melancarkan kempen tersebut amat tepat bagi mengingatkan rakyat supaya menghormati sensitiviti kaum agar keamanan dan keharmonian negara dapat terus dipelihara.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘KepentinganMenghayati Rukun Negara’ Mohd Izranuddin Jelani
- Fokus, April 2006)




Soalan Bahagian A (ii) : Pemahaman
{10 markah}

Berdasarkan petikan bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


1. Apakah maksud rangkai kata setia kawan? [2 markah]

2. Mengapakah kerajaan disaran supaya mengadakan kempen Penghayatan Rukun Negara? [4 markah]

3. Pada pendapat anda, bagaimana caranya untuk menyedarkan masyarakat supaya menghayati Rukun Negara? [4 markah]


Latihan 2








Bahagian A ( I ) : Ringkasan
[20 markah]



Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah memupuk semangat kejiranan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Semangat kejiranan sememangnya semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa. Terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semula konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada waktu malam. Aktiviti gotong royong juga boleh dilakukan bagi memupuk semangat kejiranan.
Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat kejiranan ini.
Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Kerajaan turut memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik tentang kepentingan semangat kejiranan sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini.
Kesimpulannya, semangat kejiranan boleh dicapai melalui pelbagai langkah. Semua pihak perlulah berusaha bagi memastikan semangat kejiranan ini terus diamalkan demi menjamin kemakmuran sejagat.


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada                      http://azmanduniaku.blogspot.com/2009/07/karang  an-spm-2009-cara-cara-memupuk. html.)
                                                      


Bahagian A (ii) ; Pemahaman
[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud rangkai kata menyemarakkan budaya ? [2 markah]                                           
2. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi memupuk semangat  Kejiranan?
    [4 markah]
3. Pada pendapat anda, apakah kesan jika semangat kejiranan semakin luntur dalam
    kalangan masyarakat kini? [4 markah] 

Latihan 3

Bahagian A ( i ) - Ringkasan
[ 20 markah ]










Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang sebab-sebab golongan remaja terlibat dengan gejala buli. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya  menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Golongan remaja merupakan aset negara yang amat berharga. Golongan ini bakal menjadi pewaris kepimpinan negara dan seterusnya meletakkan negara Malaysia ke mercu kecemerlangan. Persoalannya, mampukah para remaja memikul tanggungjawab tersebut. Lihat sahaja jenayah yang mereka lakukan. Saban hari ada sahaja kes - kes terpampang di dada- dada  akhbar.
Kegiatan salah laku  remaja bukan sahaja berlaku di luar waktu sekolah, bahkan telah menular ke dalam sekolah. Terdapat dalam kalangan mereka yang  tidak boleh dikawal lagi oleh guru-guru dan ibu bapa sehingga mengakibatkan berlakunya keciciran dalam pelajaran.
Terdapat banyak faktor mengapa golongan remaja terlibat dengan gejala yang tidak bermoral ini. Sebagaimana diketahui umum, pengaruh media massa kini semakin sukar untuk dikawal pengedarannya. Banyak agenda yang berbentuk keganasan ditonjolkan sehingga mempengaruhi para remaja. Begitu juga pengaruh perbandaran yang semakin cepat menular ke kawasan luar bandar. Kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang semakin baik memudahkan penularan budaya yang tidak sihat. Akibatnya golongan  remaja  di kawasan luar bandar akan mudah terpengaruh.
Sikap ibu bapa yang hanya mementingkan kebendaan turut menyumbang kepada salah laku remaja. Ibu bapa tidak mempunyai masa yang cukup serta selalu balik lewat menyebabkan mereka gagal mendidik atau memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak mereka. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang memberi kebebasan kepada anak – anak. Kesempatan ini telah digunakan oleh anak – anak mereka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak di pusat beli – belah, dan pusat hiburan. Remaja yang suka melakukan aktiviti ini akan cuba mempengaruhi rakan – rakan yang lain. Akibat pengaruh rakan sebaya, akan menjurus kepada pembentukan kumpulan gangster dan kumpulan samseng dalam kalangan remaja. Remaja tersebut akhirnya melakukan jenayah seperti peras ugut dan penagihan dadah.
Sikap sesetengah guru yang kurang memberi perhatian dalam menangani kes disiplin di sekolah turut mendorong kepada berlakunya gejala buli. Kurangnya tindakan disiplin, pelajar bebas dan sanggup melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati mereka.

                     (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pendidik Bil 18--2005)





Bahagian A (ii) -  Pemahaman
[ 10 markah ]

Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ), jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1
Berikan maksud   terpampang di dada-dada  akhbar.          

[ 2 markah]

2
Berdasarkan petikan, apakah faktor utama seseorang remaja melakukan 
jenayah?

[4 markah]

3
Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dilakukan oleh
 ibu bapa untuk mengatasi jenayah dalam kalangan remaja?

[4 markah]

Latihan 4








Bahagian A (i)
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[20 markah]


Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang peranan remaja dalam menghayati kemerdekaan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Setiap tahun, sambutan kemerdekaan diadakan meriah supaya warganegara Malaysia mengenang jasa-jasa pejuang kemerdekaan dan meningkatkan rasa cinta akan negara. Remaja negara ini seharusnya bersyukur kerana lahir dalam suasana pascamerdeka yang serba aman makmur. Namun, di sebalik kemakmuran dan kejayaan yang dicapai, para remaja harus menyedari kepentingan menghayati semangat kemerdekaan yang sebenar agar kemerdekaan negara dijaga dan dihormati. Dalam usaha menyambut kemerdekaan, remaja juga seharusnya merenung dan menghayati hakikat kemerdekaan itu sendiri.

Kemerdekaan bukan sahaja bermaksud merdeka daripada penjajahan kuasa asing malahan bermakna bebas daripada penjajahan pemikiran. Era globalisasi kini banyak memberikan pendedahan kepada golongan remaja terhadap kepelbagaian budaya dan idealisme. Pengaruh media massa yang amat kuat menyebabkan sesetengah daripada golongan remaja memandang tinggi terhadap segala yang datang dari Barat itu. Sungguhpun dunia Barat amat maju dalam pelbagai bidang namun kemodenan mereka ada kepincangannya.

Kemodenan dan kesenangan yang dimiliki tiada maknanya andai anak- anak semakin tidak menghormati ibu bapa, pelajar tidak menghormati guru, atau ajaran agama ditinggalkan. Hal ini merupakan satu pengajaran buat kita dalam usaha kita untuk mencapai kemajuan. Kita masih boleh maju, namun remaja perlu mempunyai acuan tersendiri untuk maju tanpa mengabaikan nilai-nilai murni yang kita miliki. Seandainya kita masih berpegang dengan pendirian bahawa segala yang datang dari Barat itu adalah Portal Pendidikan Utusan 2008 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 2 baik, bermakna kita belum merdeka sepenuhnya. Dalam erti kata lain, Barat tidak salah, tetapi kita harus berwaspada terhadap proses pembaratan. Dalam menikmati kebebasan, para remaja seharusnya tidak lalai dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan keterampilan. Remaja seharusnya sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia untuk memajukan diri dan negara. Apabila Negara membangun dalam keseimbangan, negara akan lebih disegani dan dihormati oleh Negara lain. Sekiranya ini tidak menjadi asas pegangan, maka negara akan jauh ketinggalan daripada aspek pembangunan fizikal dan rohaniah.

Sememangnya setiap sambutan ulang tahun kemerdekaan itu menyediakan peluang untuk remaja bergembira atau bersuka ria. Namun remaja harus bijak memilih agar tidak terjebak dengan acara-acara yang mungkin membawa remaja ke arah mendekati perkara negatif. Apa yang menyedihkan, kita sering mendengar kisah remaja yang terlibat dengan gejala negatif pada malam sambutan kemerdekaan, seperti meminum arak, penyalahgunaan dadah, kegiatan lumba haram dan pergaulan bebas.


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Menghormati Kemerdekaan Negara”, oleh Mohd Farid Md. Alias, dalam Utusan Malaysia, 23 Ogos 2007.)



Bahagian A (ii) Pemahaman
Berdasarkan petikan bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud acuan tersendiri untuk maju? [2 Markah]
2. Berdasarkan petikan, apakah maksud kemerdekaan yang sebenar? [4 Markah]
3. Jelaskan dua aktiviti bermanfaat yang boleh diadakan dalam sambutan Bulan   
    Kemerdekaan. [4 Markah]

Latihan 5

Bahagian A (i)
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[20 markah]

LAGU BUAH-BUAHAN
                      




TAYANGAN MONTAJ BUAH-BUAHAN


Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan makan buah-buahan tempatan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia. Jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin kepada tubuh manusia. Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli, iaitu tidak ada gula di dalamnya. Menurut Dr. Rokiah, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan. Beliau menyarankan agar buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan. Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol dalam darah, iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu. Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari. Betik juga terkenal sebagai bahan pelawas kerana mengandungi Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C berkesan merawat hemoroid atau bawasir dan sembelit. Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan boleh diambil dalam jumlah yang sama, iaitu 400 gram. Menurut Dr. Rokiah lagi, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya. Portal Pendidikan Utusan 2007 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida. Malahan nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja.


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Khasiat Buah-buahan Bantu Kurangkan Kolestrol” oleh Aizawati Ahmad dalam Utusan Malaysia, 3 November 2002)


Bahagian A (ii): Pemahaman
[10 markah]

1.      Apakah maksud rangkai kata amalan tetap? [2 markah]
2.      Berdasarkan petikan, bagaimanakah cara pengambilan jambu batu yang disarankan? [4 markah]
3.      Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk menggalakkan kanak-kanak makan buah-buahan? [4markah]

Latihan 6

Bahagian A (i) : Ringkasan
[20 markah]







Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang manfaat KOMSAS kepada murid. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bidang sastera telah lama bertapak di dunia ini. Bidang sastera negara juga telah lama berkembang. Pengajaran dan pemelajaran sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam membantu murid untuk mengenali warisan sastera. Warisan itu harus dikekalkan agar tidak lenyap ditelan zaman. Dunia tanpa sempadan yang menyerang masyarakat kini mampu menghakis warisan itu sedikit demi sedikit jika kita tiada kesedaran untuk memeliharanya mulai sekarang.

KOMSAS mampu membentuk jati diri murid secara tidak langsung. Mereka dapat membentuk jati diri yang berkualiti daripada mesej yang tersirat dan tersurat di balik karya penulis. Umpamanya, murid dapat memupuk semangat cinta akan negara apabila membaca karya tentang perjuangan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah. Oleh hal yang demikian, semangat patriotisme dapat disemai dalam jiwa murid. Kewujudan KOMSAS memberikan banyak faedah kepada murid. Mereka dapat meningkatkan pengetahuan, terutamanya tentang sejarah yang turut diselitkan dalam karya sastera. Selain itu, murid dapat mempelajari teknik untuk menghasilkan karya kreatif yang baik. KOMSAS juga dapat memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Ada banyak bahan bacaan dalam pelbagai genre sastera yang dimuatkan dalam antologi yang diajarkan di sekolah.

Nilai murni dan pengajaran yang diselitkan dalam teks KOMSAS pula dapat dijadikan sebagai pegangan hidup. Secara tidak langsung, murid yang berakhlak mulia dapat dilahirkan. Mereka juga dapat meningkatkan penggunaan bahasa yang betul dan mengenali perkataan yang baharu. Malahan, KOMSAS dapat memperkenalkan murid kepada penulis dan sasterawan negara. Memang menyedihkan apabila remaja kini tidak mengenali sasterawan negara. Kehadiran KOMSAS dapat memperkenalkan penulis mapan yang telah
banyak berjasa dalam dunia penulisan negara kepada murid. Usaha dan jasa penulis tersebut harus dikenang sepanjang zaman kerana berkat perjuangan mereka, bahasa dan sastera negara masih bernyawa hingga hari ini biarpun diancam globalisasi. Keunikan sastera harus dipelihara agar kekal buat selamalamanya. Tuntasnya, KOMSAS relevan untuk diajarkan kepada murid.


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada KOMSAS Membantu Murid Mengenali Sastera, Mohd Haniff Mohammad Yusoff, Pelita Bahasa,  Mac 2011)




Bahagian A (ii) : Pemahaman
[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

1.. Berikan maksud rangkai kata lenyap ditelan zaman .
[2 markah]

2. Berdasarkan petikan, apakah faktor-faktor yang dapat menghakis warisan sastera?
 [4 markah]

3.Pada pendapat anda, apakah masalah yang timbul semasa pengajaran dan pemelajaran KOMSAS di sekolah? [4 markah]

Video

Bank Soalan 1

Montaj Pertanian



Gambar-gambar hasil pertanian







Bahagian A ( i ) - Ringkasan

[ 20 markah ]



Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

     Dewasa ini, bidang pertanian dilihat sebagai satu cabang kegiatan ekonomi yang penting serta berupaya menjana pendapatan lumayan kepada pengusahanya. Melihat potensi besar dalam bidang tersebut, semakin banyak usahawan tani di negara ini tampil menyahut seruan kerajaan dalam merealisasikan moto ’Pertanian Adalah Perniagaan’. Bidang pertanian juga dilihat sebagai satu industri berskala besar yang mampu menjamin pulangan dan keuntungan yang tinggi, serta bersaing di pasaran global.

     Teras dasar sektor pertanian secara keseluruhan akan ditumpukan kepada usaha orientasi semula sektor ini ke arah pengkomersialan yang lebih meluas dan melahirkan petani berpendapatan tinggi, serta menggalakkan pelaburan sektor swasta. Usaha akan dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran pertanian melalui pembangunan tanah baharu, tanam semula penyatuan dan pemulihan tanah, serta penggunaan lebih meluas klon dan baka berhasil tinggi. Penjenteraan ladang dan amalan agronomi juga antara usaha yang baik ke arah peningkatan produktiviti. Sektor kecil komoditi makanan dijangka berkembang pada kadar purata 7.6 peratus setahun melalui penambahbaikan kecekapan dan produktiviti serta penambahan keluasan. Pengeluaran padi akan ditingkatkan untuk mencapai sasaran tahap sara diri 90 peratus manakala pengeluaran buah-buahan akan dilaksanakan secara berskala besar di zon pengeluaran buah-buahan menggunakan pendekatan berkelompok dan ditumpukan kepada sembilan jenis buah-buahan yang berpotensi untuk dieksport.

     Pengeluaran sayur-sayuran pula akan ditumpukan kepada jenis bernilai tinggi untuk penggunaan tempatan dan pasaran eksport terpilih. Pogram Buku Hijau untuk menggalakkan pengeluaran makanan oleh masyarakat setempat akan diaktifkan semula. Pengeluaran akuakultur dan aktiviti penangkapan ikan laut dalam. Selain itu, industri ternakan akan ditumpukan kepada pelbagai aktiviti di sepanjang rantaian termasuk pengeluaran baka dan makanan haiwan. Keluaran ternakan terutamanya daging, ayam, itik dan telur akan terus ditingkatkan melalui penggunaan sistem pengeluaran moden untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan luar negara.

     Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut menegaskan bahawa sektor pertanian negara kini sudah melangkah ke era baru menggunakan kaedah moden dengan menekankan kaedah penggunaan bioteknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Hal ini demikian kerana usaha murni ini merupakan komponen utama dalam RMK-9 dan sektor pertanian diyakini bakal menjadi enjin pembangunan ketiga negara selepas sektor perkilangan dan perkhidmatan. Tegasnya, pertanian baharu pacuan ICT ini turut berkait rapat dengan teknologi, bioteknologi, perkilangan dan perkhidmatan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Merealisasikan Konsep Pertanian Baru, E-Siswa, Edisi 25 Mac 2009.)






Bahagian A (ii) - Pemahaman

[ 10 markah ]


Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ), jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


1. Berikan maksud rangkai kata pendekatan berkelompok dalam petikan.
[ 2 markah]


2. Mengapakah Perdana Menteri menegaskan bahawa kaedah penggunaan bioteknologi penting dalam sektor pertanian?
[4 markah]


3. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang berlaku jika bidang pertanian tidak diberi perhatian oleh pihak kerajaan?
[4 markah]

Bank Soalan 2





BAHAGIAN A (i)
[Masa dicadangkan : 40 minit]
[20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang fungsi-fungsi sukan. Panjang karangan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

            Memang tidak dapat disangkal bahawa sukan memainkan peranan penting dalam membentuk kesihatan tubuh yang paling berkesan. Namun demikian, fungsinya kini sudah jauh ke hadapan. Sukan kini telah menjadi satu aset bagi sesebuah negara dalam mempelopori kemasyhuran. Hal ini terbukti apabila banyak negara yang masyhur kerana kejayaan dalam sukan. Ternyata sukan dapat membantu untuk mengharumkan nama negara di persada dunia. Malaysia juga kini telah lebih dikenali kerana pencapaian yang cemerlang dalam sukan badminton, skuasy, hobi, dan sebagainya.

            Dari segi ekonomi, sukan juga menguntungkan industri pengiklanan. Syarikat-syarikat berlumba-lumba untuk membuat liputan secara langsung sesuatu acara sukan dan tidak ketinggalan juga syarikat pengiklanan yang tidak putus-putus mahu menjadi penaja utama. Semuanya ini bertujuan untuk kebaikan semua pihak baik media dan syarikat pengiklanan yang mahu membuat promosi barangan atau perkhidmatan mereka.

            Bagi negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum seperti Malaysia, sukan dapat digunakan sebagai alat integrasi atau menyatupadukan masyarakat. Ketinggalan sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik menyediakan peluang untuk mereka sentiasa bekerjasama, salingf memahami dan menyemai konsep memerlukan antara satu sama lain. Dengan itu, dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat sesama mereka sekali gus mengeratkan perpaduan dan mengikis aspek negatif ke arah keharmonian negara.

            Jalinan politik antara negara juga dapat dikukuhkan dengan pelbagai temasya sukan yang dianjurkan seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Sea dan tidak kurang juga temasya sukan di peringkat kebangsaan seperti Sukma yang telah pun berakhir beberapa hari yang lalu. Begitu juga dengan perlawanan bola sepak antara pasukan MyTeam menentang pasukan Kebangsaan. Jalinan dua hala dapat dibentuk dengan semangat sukan jitu. Soal menang atau kalah bukanlah perkara yang menjadi tumpuan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Perubahan
Fungsi Sukan” oleh Shahril Anuar Abdul Ghalim
Dalam Utusan Malaysia, 7 Jun 2006)






BAHAGIAN A (ii) : Pemahaman
[10 markah]


Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


(i)                 Apakah  maksud  rangkai kata liputan secara langsung?
[2 markah]

(ii)               Berdasarkan  petikan, bagaimanakah sukan  menyatupadukan masyarakat?
[4 markah]

(iii)             Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan supaya Malaysia mampu mencipta kejayaan cemerlang dalam bidang sukan?
[4 markah]


























Bank Soalan 3




Bahagian A ( i ) - Ringkasan

[ 20 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang sebab-sebab golongan remaja terlibat dengan gejala buli. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya  menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
           
Golongan remaja merupakan aset negara yang amat berharga. Golongan ini bakal menjadi pewaris kepimpinan negara dan seterusnya meletakkan negara Malaysia ke mercu kecemerlangan. Persoalannya, mampukah para remaja memikul tanggungjawab tersebut. Lihat sahaja jenayah yang mereka lakukan. Saban hari ada sahaja kes - kes terpampang di dada- dada  akhbar.

     Kegiatan salah laku  remaja bukan sahaja berlaku di luar waktu sekolah, bahkan telah menular ke dalam sekolah. Terdapat dalam kalangan mereka yang  tidak boleh dikawal lagi oleh guru-guru dan ibu bapa sehingga mengakibatkan berlakunya keciciran dalam pelajaran.

     Terdapat banyak faktor mengapa golongan remaja terlibat dengan gejala yang tidak bermoral ini. Sebagaimana diketahui umum, pengaruh media massa kini semakin sukar untuk dikawal pengedarannya. Banyak agenda yang berbentuk keganasan ditonjolkan sehingga mempengaruhi para remaja. Begitu juga pengaruh perbandaran yang semakin cepat menular ke kawasan luar bandar. Kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang semakin baik memudahkan penularan budaya yang tidak sihat. Akibatnya golongan  remaja  di kawasan luar bandar akan mudah terpengaruh.

     Sikap ibu bapa yang hanya mementingkan kebendaan turut menyumbang kepada salah laku remaja. Ibu bapa tidak mempunyai masa yang cukup serta selalu balik lewat menyebabkan mereka gagal mendidik atau memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak mereka. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang memberi kebebasan kepada anak – anak. Kesempatan ini telah digunakan oleh anak – anak mereka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak di pusat beli – belah, dan pusat hiburan. Remaja yang suka melakukan aktiviti ini akan cuba mempengaruhi rakan – rakan yang lain. Akibat pengaruh rakan sebaya, akan menjurus kepada pembentukan kumpulan gangster dan kumpulan samseng dalam kalangan remaja. Remaja tersebut akhirnya melakukan jenayah seperti peras ugut dan penagihan dadah.

     Sikap sesetengah guru yang kurang memberi perhatian dalam menangani kes disiplin di sekolah turut mendorong kepada berlakunya gejala buli. Kurangnya tindakan disiplin, pelajar bebas dan sanggup melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati mereka.

        (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pendidik Bil 18--2005)







Bahagian A (ii) -  Pemahaman

[ 10 markah ]


Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ), jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


1
Berikan maksud   terpampang di dada-dada  akhbar.          
[ 2 markah]

2
Berdasarkan petikan, apakah faktor utama seseorang remaja 
melakukan jenayah?
[4 markah]

3
Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dilakukan 
oleh ibu bapa untuk mengatasi jenayah dalam kalangan remaja?
[4 markah]



























Bank Soalan 4


Bahagian A ( I ) : Ringkasan
[20 markah]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah memupuk semangat kejiranan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Semangat kejiranan sememangnya semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa. Terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semula konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada waktu malam. Aktiviti gotong royong juga boleh dilakukan bagi memupuk semangat kejiranan.
Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat kejiranan ini.
Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Kerajaan turut memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik tentang kepentingan semangat kejiranan sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini.
Kesimpulannya, semangat kejiranan boleh dicapai melalui pelbagai langkah. Semua pihak perlulah berusaha bagi memastikan semangat kejiranan ini terus diamalkan demi menjamin kemakmuran sejagat.
                   


                                                     


Bahagian A (ii) ; Pemahaman
[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud rangkai kata menyemarakkan budaya?[2 markah]                                            

2. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi memupuk semangat 
    kejiranan? [4 markah]
    
3. Pada pendapat anda, apakah kesan jika semangat kejiranan
    semakin luntur   dalam kalangan masyarakat kini? [4 markah]

Cakna Bahasa 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad | Nor'isam Md Noor | Muhamad Shahir Abu Bakar | Amri Tomin | Mohd Saiful Faizal Mohd Zin