SELAMAT DATANG KE BLOG CAKNA BAHASA MELAYU...

Monday, December 19, 2011

Latihan 2








Bahagian A ( I ) : Ringkasan
[20 markah]



Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah memupuk semangat kejiranan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Semangat kejiranan sememangnya semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa. Terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semula konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada waktu malam. Aktiviti gotong royong juga boleh dilakukan bagi memupuk semangat kejiranan.
Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat kejiranan ini.
Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Kerajaan turut memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik tentang kepentingan semangat kejiranan sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini.
Kesimpulannya, semangat kejiranan boleh dicapai melalui pelbagai langkah. Semua pihak perlulah berusaha bagi memastikan semangat kejiranan ini terus diamalkan demi menjamin kemakmuran sejagat.


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada                      http://azmanduniaku.blogspot.com/2009/07/karang  an-spm-2009-cara-cara-memupuk. html.)
                                                      


Bahagian A (ii) ; Pemahaman
[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud rangkai kata menyemarakkan budaya ? [2 markah]                                           
2. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi memupuk semangat  Kejiranan?
    [4 markah]
3. Pada pendapat anda, apakah kesan jika semangat kejiranan semakin luntur dalam
    kalangan masyarakat kini? [4 markah] 

No comments:

Post a Comment

Cakna Bahasa 2011 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad | Nor'isam Md Noor | Muhamad Shahir Abu Bakar | Amri Tomin | Mohd Saiful Faizal Mohd Zin